it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

tengok balik.

Bila direnung semula.
Jangan pergi terlalu jauh. Ambil 6 bulan yang lepas.
Banyak yang tinggal.
Tak kira ianya manis, mampu buat kita ketawa, tereenyum sendiri
bila teringat.
Tak kira juga ianya pahit, sehingga kita rasa hampir tersembam dan takmampu lagi
Berpijak di kaki sendiri.
Tak kira dengan apa yang kita buat.
Yang paling penting, apa jua yang berlaku
Jatuh bangun dalam hidup, sepanjang perjalanan,
Kita bermuhasabah diri, perbaiki mana yang buruk, pulihara mana yang elok
Tanam keyakinan pada Allah sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah dan
Dijadikan ini dengan sengajaNya dan mempunyai 1001 sebab yang mungkin tidak
Kita ketahui sampai akhir hayat.
Bersangka baik pada Allah moga kita sentiasa mendapat redha Allah.

P/s: pesanan pada diri ulang kali, supaya menjadi yang terbaik di mata Allah.
Selamat malam wahai pencinta.

Monday, April 15, 2013

setelah sekian lama

selepas sekian lama,

buat cinta hati *walau hanya aku yg rasa
sungguh dari awal hingga ke masa 12.12am ini
ingat dari awal itulah
aku punya kau
penuh di hati
semoga harapan kau untuk bernikah bersangkutan dengan harapanku untuk bernikah
buat masa ini, aku hanya mahu kau.
selamat malam cinta hati

Thursday, November 15, 2012

ingin bernikah & rancangan Allah

dari jauh
kau lihat aku
berkeinginan yang amat sangat 
untuk bernikah .
untuk ada keluarga sendiri . 
untuk ada bulan madu . 
untuk ada cahaya mata sendiri .
tidak perlu menumpang cahaya orang lain.
untuk ada kereta kita berdua sendiri .
untuk realisasikan impian kita . bukan hanya aku . tapi kita .

dari jauh .
kau kenal aku begitu . 
pada nyatakan . kau tidak kenal aku yang lain ini . 
aku berkeinginan . 
sungguh . 
siapa tidak punya angan begitu . 
tapi 
aku ini hanya hambaNya . 
aku tahu Allah tahu yang terbaek . 
aku tahu Allah tahu aku belum bersedia lagi untuk itu . 
untuk semua komitmen . 
yang paling aku pasti , Allah tahu aku belum puas lagi memuaskan hati untuk menjadi hampir terbaek untuk suamiku . 
aku sangat percaya . 
Allah akan beri bila kita dah bersedia walaupun kita rasa kita sudah bersedia . 
dan Allah tahu yang terbaek buat kita walaupun kita rasa itu sudah menjadi terbaek buat kita . 

p/s: Allah maha Mengetahui , Allah yang Maha Berkuasa , Allah maha Besar . yakin pada Allah , usaha dekatkan diri lagi dengan Allah , dan rasalah cukup dengan ada Allah . tiada tuhan lain selainNya :)


sudah lama

lama tidak aktif . 
melihat blog orang yang lain membuatkan aku rasa mahu aktif kembali.
di hari yang baru untuk tahun yang baru ini . 
1 Muharam . 
aku tidak seperti yang lain . 
yang mungkin sudah berbaris baris azam baru mereka . 
Alhamdulillah . aku masih tertanya-tanya apakah yang akan aku azamkan
pada tahun baru ini . 
Ya , mungkin aku rasa aku patut buat satu baris saja mungkin . 
nanti aku fikirkan . 

p/s: program Maal Hijrah , membuka satu lagi persepsi baru untuk duniaku .
-tengah tengok , ayat ayat cinta . teringat satu baris ayat dalam ini "sabar fahri , Allah sedang berbicara denganmu"

Sunday, June 24, 2012

nonoi.

selepas mak dan abah pergi.
baekla.
dalam masa kurang dari 4 bulan, aku merasa semakin jatuh.
Ya Allah, kuatkanlah aku.
nonoi pula pergi.


dulu aku boleh pegang, cium dia.
sekarang, aku boleh pegang gambar dia saja & tengok kubur dia.
kucing.
ya , dia hanya kucing.
tapi pada aku dia adalah penghibur yang terbaek buat aku .
masa sekali lagi mencemburui aku .
nonoi sakit.
dah kubawa ke klinik tapi.
Allah bawa dia juga pergi.
dia yang buat aku rasa ketagih padanya.
yang buat aku rasa bangga sebab ada dia.
yang buat ibu ketawa bila tengok perangai dia.
yang tak banyak buat masalah.
yang mengada-ngada.
yang runtunkan hatiku bila aku tahu dicampakkan bangkainya dalam tong sampah.

nonoi,
ibu sayang noi.
........................
......................
rindunya ibu pada nonoi.
rindu sangat.
*perrgghh , kucing je kot*
pada kau. dia hanya kucing. pada aku , dialah teman aku yang terbaek.

p/s 1: aku tertanya, apa lagi Ya Allah ? jatuh jiwa tersembam-sembam.
p/s 2: jumpa ibu kat sana ya :(