it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

kekalkah kau ?

dapatkah kita memberi jaminan atas satu hal ini ?
dapatkah kita beri kepastian sewajarnya ?
dapatkah kita ?

soalannya :

apakah jaminan yang dapat kamu berikan
untuk terus kekal dalam Islam ?
untuk tidak keluar dari Islam ?
inilah perkara yang menakutkan kita pada hari ini .
dapatkah kita kekalkan keIslaman kita ini ?
apa jaminan kita sekiranya rukun yang LIMA itu tidak dapat kita tunaikan dengan baik ?
salah satu rompong , goyahlah ia .
persoalan itu betul-betul terkena batang hidung sendiri .
benar-benar tercalar .
terkesan !
sumpah aku terasa !
dengan ruang dan peluang yang masih ada , sehingga ke saat ini .
mohonlah pintu taubat pada Allah .
mohonlah hidup dan mati kita dalam Islam .
ku berikan peringatan buat diriku .
yang selalu melupakanMu .
Ya Allah .

p/s: berikutan kes baru-baru ni , jadahnya 12orang Islam pergi buka kat church ! MasyaAllah :(


Saturday, August 13, 2011

ada dan tiada beza

kata seorang penceramah yang kata-katanya sentiasa bermain di minda . .

kita ini tak ubah seperti ular .
sebelum ramadhan , kita menjadi ular .
dalam ramadhan , kita bersalinkan kulit .
selepas ramadhan , kita kembali semula menjadi ular .
tiada perbezaan .
yang sama . kita tetap ular .

maka , jadilah kita seperti ulat beluncas .
syaaban , kita menjadi ulat .
ramadhan , kita duduk diam-diam di dalam kepompong .
selepas ramadhan , syawal dan selanjutnya , kita menjadi rama-rama .
menjadi sesuatu yang berbeza .

ada bezanya menjadi ulat dan rama-rama .
dan ada bezanya menjadi kita sebelum ramadhan , dan selepas ramadhan .
lakukanlah perubahan yang membawa kepada kebaikan .
moga-moga kita diberkati dan dibebaskan dari azab api neraka .
InsyaAllah . . .


Wednesday, August 3, 2011

bukan

harap ini bukan yang terakhir .
biarlah ini yang terbaik .
sebelum nyawa diambil Allah .



p/s: ada orang kata , mungkin ramadhan terakhir berseorangan . tahun depan berdua . duhh ! :)