it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

korang ada ?

dalam mulut banyak enzim woow ,
minggu depan dah exam wooow .

anak Atan anak montel papa,
carry mark dapat bape ? (sukati aku jee kan)

lunch nak makan kari ikan.
boleh laa cukup-cukup makan .

bangun pagi2 tengok-tengok ada begok.
dah keluar result sume orang sibuk nak tengok .

mama ranggi pakai baju bulu-bulu.
bukan aku tak nak bagi tengok , tapi aku malu !

arnab main kira-kira
ular main bulu gagak
aku tak kira
aku nak grad taun depan gak .

inilah kerja aku ! bila idea tak ade nak buat apa . aku duk online update blog and duk kat library macam penunggu libraby.

Tuesday, June 14, 2011

MACAM __________

ASSALAMUALAIKUM .

wahh , da lama gileee (rrr) tak berjumpa yaa . Almaklumla , kalau tak ada idea . senyap-senyap sudah di sini . kan ?
:)

ini nak ceritalah . dah lama dah jadi ni. dah dekat seminggu . perihal MIMPI .
entah kenapa . asyik mimpi kahwin , kena minang .

kisah mengarut 1:

malam sebelum -sebelum- sebelum .
mimpi kena pinang dengan us0p wilcha . aku taknak .tapi terpaksa nak . sebab keluarga dah suka dia . (sebab dia lawak kot , sambil buat tangan dia gitu )
aku syak ahhh . :)
pastu, disebalik kisah peminangan tu .
ada yang kecewa . tak nak mengalah tau siapa yang kecewa tu . Jehan Miskin plak weyyh .
korang ada ke ?
hahhahah (lagi sekali gelak sorang-sorang kuat-kuat kat bilik IT yang ramai budak2 nerd baru sampai Puncak )
back to the topic , dia frust gilee (rrr) dengan aku . pastu , die kuar dengan pempuan lain sambil minum-minum . ntah pe brand ntah . perlu lak aku nak tahu kan benda2 lagha tu ? hahahahA

kisah mengarut 2:
pagi yang berikutnya . mimpi . . .
teka2laa . teka laaa .
hahaha mimpi kan jep sepah !
bongek kan ? kitorang sangatlah romantis yang aku tak pernah buat dengan orang lain . (lelakilah kan ) pegang-pegang tangan .
pastu , aku cakap macam ni kat die . sambil muka saling pandang-pandang nih
:)
aku :"awak , kita kahwin ye,"
dia : " memang saya nak masuk minang awak . tunggu saya lagi sikit jee . saya nak kahwin dengan awak . terima kasih , sayang,"
wahhh ! boleh bayangkan tak ?
dengan suara dia yang romantik gileee (rrr) tu kompem laa macam real kan . cisss .
sangatlah sweettttt die dalam MIMPI tu.

TAPI

kisah 3 (ini ngeri sikit ):
ini jadi dalam kul 4 lebih laa . pukul 4.30 gitu .
aku mimpi ada kucing tu die gigit sekor ul (ar) nih . tapi last-last kena belit balik dengan ul (ar ) tu . haaa . mimpi ular la plak aku nih . takkan jadi makin teruk kot . adeehh penatlah nak layan benda2 mistik ni. sebab orang kata kalau mimpi ular nih, ada kaitan dengan saka laa sihir la gitu . aku pon da tak ingat dah apa bendanya. tapi ala-ala laaa .
ummm .

p/s: hati-hatilah dengan mimpi anda yang serba serbi mengarut tu . tapi mana yang baik . jadikan pengajaran . tapi nampak sangatlah . mimpi aku ni . TERRRsangatlah mengarut ! hahaha dan LAGHA !
:)

Tuesday, June 7, 2011

jauh ? lihat saja kita sekarang

adakah kita terlalu jauh untuk
satu sama lain
orang-orang berkata,
jika hati kita terlalu banyak pada seseorang
kita tetap merasa dekat
hanya pada dia .
tapi aku rasa
kita jauh
untuk komunikasi
cik komunikasi ?
amatlah jauh dari kita sekarang.
tak mahu berkawan dengan kita
agaknya
oh! aku ada kerja lain untuk diusahakan
bukan mahu mengingat kita yang jauh itu sahaja

tapi
sejauh mana aku buang
sejauh mana aku buang rasa untuk
tinggalkan kau dibelakang
di balik masa yang pantas
tinggalkan kita dalam penuh kerugian
rasa rindu untuk bersama kau
datang kembali
setiap hari
setiap jam
minit
saat
mereka sangat cemburukan
melihat aku tidak memikirkan kau


p/s: awak ,
andai awak ada rasa yang sama , berikanlah pada saya juga. berkongsi sama .
andai tiada rasa itu , jangan dimain-mainkan bagaikan apa-apa kerana hati ini akan luluh .

Friday, June 3, 2011

SISPA sampai mati ?

berat hati rasanya .
nak pergi .
dulunya , mahu join keluarga kecil ini (suatu masa dulu)
sebab .
nak kan kolej .
KOLEJ SAHAJA .
jujur aku katakan di sini .
tetapi .
bila keluarga makin besar .
makin dewasa .
aku juga turut sama rasa tanggungjawab untuk meneguhkan kekuatan keluarga ini .
harap-harap isi dan nilainya di dalamnya seteguh usia yang makin dewasa .
kukuhlah kita di situ wahai keluarga SISPA PUNCAK ALAM .
kita makin dewasa .
sudah dua tahun umurnya membesar .
setiap semester ,
azam semester akan datang ,
mulut sentiasa menggesa mahu berpisah terus dari keluarga ini .
tetapi .
hati
tak mampu berpisah dari isi nilainya .
banyak yang kita dapat / boleh dapat dari keluarga ini .
jangan kita terlalu memikirkan kemudahan .
jangan kita terlalu memikirkan apa yang akan kita dapat .
fikirkan apa yang akan kita beri .
fikirkanlah wahai ahli keluarga SISPA akan keluarga kita yang semakin besar ini .
berkomitedlah dengan sehabis daya .
dan hormatlah mereka-mereka yang lebih senior dari anda .
dan janganlah malu-malu , segan-segan minta tunjuk ajar dari mereka .
kami alu-alukan .
dan juga jika ada sebarang masalah , silalah rujuk pada senior-senior anda .
InsyaAllah , kami akan membantu dari segala hal .

p/s: andai kami tiada nanti . junjunglah dan bawalah nama baik SISPA Puncak ke seluruh negara. kejarlah segala cita-cita anda dan bawalah sekali imej SISPA Puncak bersama anda . InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan dan perjalanan kita .