it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 23, 2010

hilang seketika dalam hidup

biar masa yang tentukan semuanya
kadang-kadang rasa
tidak sanggup menunggu masa
menjadi saksi takdir
benar, hanya Allah saja yang tahu~
kau aku mungkin punya rasa yang sama.
mungkin.
Aku transparensi
kau sebaliknya
Aku rasa. aku bilang
kau rasa. kau pendam
kau. aku tak mengerti lagi.
langsung tak mengerti apa kau rasa.
aku bilang sayang
sampai mati
kau bilang sayang
bermusim
mungkin hanya bila kau rasa sunyi
bila kau rasa keliru
kau okaykan saja apa aku bilang
sungguh! aku tak kenal kau lagi!
mungkin juga aku tak kenal lagi siapa diri aku
kau juga sudah banyak hilang nilai dari aku
sudahlah
sedarlah
lihatlah
kia memang ada untuk kita dua
tiada yang lain.
mungkin.
tapi itu yang aku nampak bila kita ada untuk kita
sejauh mana kita pergi
di akhir
kita akan balik
untuk satu sama lain
sedarlah~

Friday, July 9, 2010

untuk kali kedua. berat buat aku.

minggu lepas,
kami anak beranak,
aku dan mak ke HKL.
ada temujanji LAGI dengan doktor di sana. malangnya, pagi itu, oh tidak, tengah hari, nasib kami tak berapa baik. iyalah, takkan nak ada berita baik saja, tak meriahlah hidupkan. nak pendekkan cerita,

doktor: mak cik, kami dah nampak.
mak : manalah 'dia' menyorok ya. isshhh.
doktor: mak cik. kita dah nampak mana 'dia'.
mak : ...........................................

mak terus menangis bila doktor yang tak berapa pakar tu panggil doktor Azura, doktor pakar mak.
nampaknya, UNTUK KALI KEDUA, mak akan dibedah sekali lagi dimana kedudukan sel kanser kali ini yang berukuran kira-kira 6cm berhampiran dengan pundi kencing(kalau tak silap). selepas dua tahun, 'dia' datang balik. tak tahu nak cakap. penderitaan mak tak pernah habis. dulu aku yang menjaga mak selama lebih 3 minggu di hospital. bergilir-gilir dengan anak buahku, kakak. sekarang, kami yang nak menjaganya, tak ada. macam manalah keadaan mak nanti ya. risaulah. harap2 segalanya baik-baik sahaja. mak hanya mampu menangis. begitu juga kami. tapi takkan kami nak menangisi. kami tak mahu jadi bertambah lemah.

untuk pengetahuan pembaca entri ini. saya hanya dilahirkan oleh mak dan dijaga oleh adik mak, ibu sehingga sekarang. tapi saya tetap rapat dengan mak, kakak-kakak, dan abang.

p/s: harap kalian doakan segalanya akan baik-baik sahaja dan keadaan mak akan bertambah baik selepas pembedahan kedua nanti.

>sekian, terima kasih.


Wednesday, July 7, 2010

hidup baru~

dah mula sem baru.
jadi dah tentu azam baru dan semangat baru.
kali ini. memang kena kerja lebih lagilah.
tak mahulah macam dulu saja.
nak jadi macam dia juga.
sama-sama ada cita-cita.
sama-sama belajar lebih lagi.
yeaaah. saya tahu.
silalah semua.
semoga semua percaturan hidup ini akan lebih dipermudahkan dariNya.
semoga yang lagi indah-indah juga ada dalam hidup ini.
terus ada.
terima kasih buat mereka yang memberi warna dalam hidup ini.
salam~

Thursday, July 1, 2010

war!

minggu ini memang minggu perang.
menarik.
tak ada kaitan dengan hidup aku.
tapi ini semua berkaitan dengan keluarga besar aku.
wahh, kira ada kena mengena dengan akulah ye.
adus
macam tu hidup.
kita semua haruslah faham konsep hidup
(mungkin masing2 ada konsep mereka sendiri)

1. tak semua yang kita nak akan dapat sebulat-bulat macam yang kita nak.
2.tak ada benda sempurna dalam dunia.
3. jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.
4. selagi bernyawa, janganlah sesekali melunturkan segala nilai-nilai murni yang harus/wajib ada.
(masing2 tahulah kan)
5. ibu ayah mak: the best person i ever had.
6.jangan buat sesuatu dengan hawa nafsu. buat dengan mata hati yang rasional
7. kenali diri anda
8. jangan percaya kalau orang kata dia benar-benar kenal anda.
(sebab dia boleh jadi orang yang benar-benar tak kenal kita)

tadi cerita pasal perang.(ada kena mengena dengan konsep hidupkah)
perang keluarga besar.
sana sini perang.
semuanya akibat dari sikap TAK BERTANGGUNGJAWAB!!
kasihan.
dan pihak yang dibesarkan huruf seperti di atas ialah LELAKI.
benci dengan golongan ini. sungguh.
keluarga.
sabarlah.
samapai masanya aku bersuara walaupun aku adik, aku akan bersuara.
biar aku dilempang, diterajang, dihempas peti ais, aku puas.
mati sekalipun, aku sanggup.
asalkan aku puas berperang!
aku doakan kau dirahmati Allah selepas kau buat ibu-ibu kau menangis.
salam.