it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

abdi satu hidup.

bahu saya, saya sediakan untuk awak sandarkan bila diperlukan
air mata saya, saya kongsikan dengan awak untuk sama sama tangisi rasa pahit itu
tangan saya, saya hamparkan buat awak untuk rasa panas itu
kaki saya, saya jalankan untuk bersama awak sama sama cipta bahagia
Mata saya, saya hadapkan semata untuk terus melihat cantiknya ciptaan Allah dan terus bersyukur
Dengup jantung saya, saya berikan tiap kali terfikirkan awak.
Nafas saya, saya helakan untuk terus bermanfaat hidup di atas bumi ini.
Hidup ini, saya abdikan buat satu satunya Pencipta yang membolehkan semua anggota berkhidmat dan digunakan secara bermanfaat.

Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan kerahmatan Allah.

cemburu. kuat punya cemburu.

sungguh. bila terbaca, baiklah.
Aku akuii, aku cemburu.
pernah dulu aku akui, aku cemburu dengan perempuan itu.

ya, aku akui.
aku bukan kau yg punya.
tapi ternyata, naluri itu ada
dan sentiasa ada untuk kuberikan pada kau, si jantung hati.

aku juga akui.
aku bertepuk sebelah tangan.
aku bukan milik kau.
kau mungkin ada yg lain.

selagi
ku masih mampu mengheret dan membawa sepenuh hati
Menghadapmu.
Akan kubawa kau bersamaku selalu.
Dulu, aku fikir aku boleh basmi kau dari jelajah menjadi sayang.
Malangnya, sudah menjadi sayang.

Cemburu tanda sayang.
sudah sayang kau, maka haruslah ada rasa cemburu.


tengok balik.

Bila direnung semula.
Jangan pergi terlalu jauh. Ambil 6 bulan yang lepas.
Banyak yang tinggal.
Tak kira ianya manis, mampu buat kita ketawa, tereenyum sendiri
bila teringat.
Tak kira juga ianya pahit, sehingga kita rasa hampir tersembam dan takmampu lagi
Berpijak di kaki sendiri.
Tak kira dengan apa yang kita buat.
Yang paling penting, apa jua yang berlaku
Jatuh bangun dalam hidup, sepanjang perjalanan,
Kita bermuhasabah diri, perbaiki mana yang buruk, pulihara mana yang elok
Tanam keyakinan pada Allah sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah dan
Dijadikan ini dengan sengajaNya dan mempunyai 1001 sebab yang mungkin tidak
Kita ketahui sampai akhir hayat.
Bersangka baik pada Allah moga kita sentiasa mendapat redha Allah.

P/s: pesanan pada diri ulang kali, supaya menjadi yang terbaik di mata Allah.
Selamat malam wahai pencinta.

Monday, April 15, 2013

setelah sekian lama

selepas sekian lama,

buat cinta hati *walau hanya aku yg rasa
sungguh dari awal hingga ke masa 12.12am ini
ingat dari awal itulah
aku punya kau
penuh di hati
semoga harapan kau untuk bernikah bersangkutan dengan harapanku untuk bernikah
buat masa ini, aku hanya mahu kau.
selamat malam cinta hati