it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 26, 2010

yang ada. aku.

betul apa aku rasa selama ini.
selama aku ada perasaan itu.
kau cari aku masa kau susah
mungkin itu juga salah aku
mungkin aku pernah melakukan itu
pada yang lain.
selama ini aku jua perasan
kau ada untuk aku.
tetapi bukan selalu.
kau selalu untuk yang kau sayang saja
aku?
bukan?

aku gelisah dengan apa yang terpapar di skrin itu.
akhirnya seakan lega pula.
bila semuanya sudah berpaksi
di kedudukan normal.
ini mungkin yang terbaik.
untuk aku.
yang lain ini.
yang terlibat langsung atau tidak,
terima kasih.
ini hanya sementara.
untuk apa?
tidak diketahui.
motif?
tidak diketahui.
yang ada
yang tinggal
selamanya
adalah aku.
aku.
rabitahnaqsa.
fragile di situ.
sementara tunggu ajal datang.
datang menempah hidup di dunia lain




salam

Thursday, May 20, 2010

sayang~

sayang.
jangan pergi lagi ya.
kita sudah tiga tahun.
tak! sebenarnya kita dah 11 tahun.
sayang.
sedar tak?
kita dah banyak kongsi masa bersama.
dah banyak kongsi rasa bersama.
nampak tak?
sayang.
selama ini.
saya banyak melihat yang lain.
sebab saya tak nampak kita ada di masa depan.
kini, tolong yakinkan saya.
yang kita memang.
perlu untuk satu sama lain.
tolong.
saya dah penat macam ini.
dah penat sakit.
saya sayang awak.
saya tahu awak juga.
saya nak awak faham saya.
okay, yang?

Wednesday, May 19, 2010

hampir

jiwa terbengkalai
bagai tidak bernyawa.
nyawa masih ada
namun jasad hanyalah jasad
jangan bodoh sangat, kata hati.
dia bukan segalanya.
kau masih ada yang lain.

lain hanyalah lain
yang sudah terbiasa ada dalam hati
yang mampu buat nyawa dan jiwa
tak lagi selari
itulah sayang.

sayang.
memang sayang.
belum sempat membuah sayang
hilang. gugur. kering. terus pupus.

sayang.
memang sayang.
belum sempat berkongsi masa
yang hampir kita ada.
hilang juga dibuai masa
dan keadaan.
namun, pasti.
tiada di akhir cerita.

kesah kau bukan segalanya lagi
kesah kau hanyalah untuk tatapan kenangan
yang datang tanpa diundang
yang pergi tanpa dihalau
yang pasti akan sentiasa ada dalam....hati.
yang ada hanyalah kenangan

p/s: khas untuk cik nada. idea terus datang.

.ini mula. ini akhir.

Dulu.

Kau sangat cool. Sangat menyenangkan hati macam cik adiba, cik arniza, cikazniwati, cik izzati, cik che, cik afiqah, cik bell, cik nada, incik asri, cik aimi. Tapi....

Kini.

Aku dah tak kenal siapa kau sebenarnya. Mungkin kau yang terlalu jujur dalam mengatur kata. dan mungkin aku yang tak boleh terima kata-kata yang jujur tu. sebab ia sangat.........Sumpah! Aku luka. Ya, kau heran apa. Kerna aku pun dah terbiasa begitu. Lelaki yang budiman. Kita ada cara yang elok untuk menidakkan kemahuan kita. Aku ini perempuan. jenis fragile. Tidak cukup kuat. Cukup rapuh. Aku akui. Kerna aku faham siapa diri akulah. Aku jadi begini. kerana aku adalah aku. Aku tidak memilih siapa yang aku mahu, lelaki budiman. Hati aku kata itu, maka itulah laluan hatiku. Bukan aku yang mahu. Tapi tanyalah hati. Dia yang memberi rasa.

indah sewaktu baru kenal. Kau dan aku. Kita. Wah! Indah terasa. Kini indah juga. Tapi aku tidak lagi bersama kau. Benar.

Aku memang berlagak cool saja depan kau. Tapi, sebenarnya. Aku tak kuat. Hari ini. Benar-benar tidak kuat. Terima kasih, lelaki budiman. Buat aku rasa teruk sangat. Biarpun, bukan salah aku. Salah hati yang memilih untuk jatuh kepada kau. Maaf! Buat kau terasa sesak. Faham. Kau bukan orang-orang seperti kami. Faham. Kau hanya dengan dunia kau.

Kini, aku memilih untuk pergi juga dengan dunia aku. Tak sangka. Serasa semalam. Kita masih baik. Memang. Tapi tiada jiwa. Faham? Kau lain tau tak? Dulu, sangat menjaga hati. Kini. Sangat menyakitkan hati. Adakah ini hanya propaganda untuk menjauh rasa? Kata che, ya. Ini semua satu rasa untuk menjatuhkan rasa aku. Aku rasa kau dah hampir berjaya. layak. Tahniah!

Maaf. Bukan mudah aku nak buang rasa. Selama ini aku rasa aku boleh. Hampir boleh. Tapi terlalu banyak sangat unsur “kau” dalam hidup aku. Jadi, jadi bodohlah aku. Pasti, suatu hari kelak kau merasakan juga. Karma, kan, che? Pasti che tersenyum bila baca ini.

Aku harap ini adalah entri pertama dan terakhir dalam cik bloggie aku mengenai kau. Tabahkan hati. Walau bagaimanapun, nanti. Aku pernah beritahu kau ini kalau kau masih ingat. Kau masih di hati. Tapi bukan di kedudukan yang sama.Entri ini bukan tanda bermula permusuhan. Sila jangan salah faham bila baca entri ini ya. Baca dengan hati terbuka. Tiada apa-apa makna tersirat. Hanya untuk kau. Sekian.

**9kali aku edit untuk entri ni.

>>>hatimacamlayanglayang.

Tuesday, May 18, 2010

tak sangka.

kenapa hari ini?
memang sungguh hati saya penat.
penat dengan pelbagai emosi.
terima kasih Allah.
post untuk kali ini bukan untuk saya.
ya.
bukan untuk diri saya.

tapi untuk orang yang dah banyak memuji menggunung pada saya. kenapalah saya ada orang-orang yang sangat menyenangkan? tetapi saya tidak sebegitu pada mereka. terima kasih Allah sekali lagi. kerana ada orang-orang yang sebegini menyenangkan hati.
maafkan saya.
saya memang jarang membuka blog anda. tetapi hari ini. Alhamdulillah. saya baca juga. anda adalah follower saya yang pertama. sungguh. ketika ini, hujan lebat. begitu jugalah air mata saya. anda terlalu memuji saya. padahal, saya tidak memberi apa-apa pada anda. hanya sayang saya terluah untuk anda.

anda menulis. anda tidak banyak tahu tentang saya. ya. tidak ramai yang tahu apa yang saya rasa. tapi saya sangat transparent dengan apa yang saya rasa. malahan, teman sebilik, che, juga pernah mengatakan dia tidak banyak tahu tentang saya. bukan saya tidak sudi bercerita tentang diri tetapi mungkin lumrah hati lebih suka mendengar. saya hanya bercerita jika orang bertanya. itupun terpulang pada keadaannyalah.

dan jangan dikhuatiri sayang ini akan berubah. dulu, kini dan sampai mati. bukan setakat sudah bergelar graduan kelak. sampai mati. anda akan sentiasa ada dalam hati dengan orang-orang yang saya sayang dan hormati. saya akan ingat anda dengan cerita-cerita kita yang sangat "kita". sebab andakan guru saya. terima kasih cikgu.

dan maafkan saya kerana tidak pernah memberikan apa-apa. maaf. maaf. maaf. terima kasih sekali lagi dengan membuat entri sebegitu. nama saya ada dalam post itu. semacam bangga kerana nama saya disebut-sebut dalam post itu. terima kasih untuk segalanya. sayang cik azniwati ahmad sampai mati. InsyaAllah. ada lagi yang tidak tertulis. tapi saya tahu hati saya.

sayang anda juga yang menyayangi saya sebagai sahabat anda.


terima kasih semua

nak buat cerita pun dah hilang perasaan.

perasaan sekarang?
marah. sangat marah.
sehingga mahu maki hamun semuanya.
duhh! penatlah mengusahakan awak ni, wahai cik bloggie.
penat jiwa saya tahu?

tolonglah saya. jangan bagi saya penat sangat nak layan karenah awak ini.

.permulaan yang bukan permulaan.

dulu pernah punya satu.
kini bertambah lagi satu.
alasan kerana aku sudah terlupa yang lama.
dulu ku reka kerna dia.
kini ku reka hanya untuk aku.
dulu. kini. hanya ada aku. aku dan akhirnya aku.
kenapa dia tidak pernah ada?
mungkin sejak dari awal memang aku hanya untuk aku.
tidak mempunyai yang lain.
tiada yang lain.
aku. aku. aku.