it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 18, 2010

tak sangka.

kenapa hari ini?
memang sungguh hati saya penat.
penat dengan pelbagai emosi.
terima kasih Allah.
post untuk kali ini bukan untuk saya.
ya.
bukan untuk diri saya.

tapi untuk orang yang dah banyak memuji menggunung pada saya. kenapalah saya ada orang-orang yang sangat menyenangkan? tetapi saya tidak sebegitu pada mereka. terima kasih Allah sekali lagi. kerana ada orang-orang yang sebegini menyenangkan hati.
maafkan saya.
saya memang jarang membuka blog anda. tetapi hari ini. Alhamdulillah. saya baca juga. anda adalah follower saya yang pertama. sungguh. ketika ini, hujan lebat. begitu jugalah air mata saya. anda terlalu memuji saya. padahal, saya tidak memberi apa-apa pada anda. hanya sayang saya terluah untuk anda.

anda menulis. anda tidak banyak tahu tentang saya. ya. tidak ramai yang tahu apa yang saya rasa. tapi saya sangat transparent dengan apa yang saya rasa. malahan, teman sebilik, che, juga pernah mengatakan dia tidak banyak tahu tentang saya. bukan saya tidak sudi bercerita tentang diri tetapi mungkin lumrah hati lebih suka mendengar. saya hanya bercerita jika orang bertanya. itupun terpulang pada keadaannyalah.

dan jangan dikhuatiri sayang ini akan berubah. dulu, kini dan sampai mati. bukan setakat sudah bergelar graduan kelak. sampai mati. anda akan sentiasa ada dalam hati dengan orang-orang yang saya sayang dan hormati. saya akan ingat anda dengan cerita-cerita kita yang sangat "kita". sebab andakan guru saya. terima kasih cikgu.

dan maafkan saya kerana tidak pernah memberikan apa-apa. maaf. maaf. maaf. terima kasih sekali lagi dengan membuat entri sebegitu. nama saya ada dalam post itu. semacam bangga kerana nama saya disebut-sebut dalam post itu. terima kasih untuk segalanya. sayang cik azniwati ahmad sampai mati. InsyaAllah. ada lagi yang tidak tertulis. tapi saya tahu hati saya.

sayang anda juga yang menyayangi saya sebagai sahabat anda.


terima kasih semua

4 comments: