it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 19, 2010

.ini mula. ini akhir.

Dulu.

Kau sangat cool. Sangat menyenangkan hati macam cik adiba, cik arniza, cikazniwati, cik izzati, cik che, cik afiqah, cik bell, cik nada, incik asri, cik aimi. Tapi....

Kini.

Aku dah tak kenal siapa kau sebenarnya. Mungkin kau yang terlalu jujur dalam mengatur kata. dan mungkin aku yang tak boleh terima kata-kata yang jujur tu. sebab ia sangat.........Sumpah! Aku luka. Ya, kau heran apa. Kerna aku pun dah terbiasa begitu. Lelaki yang budiman. Kita ada cara yang elok untuk menidakkan kemahuan kita. Aku ini perempuan. jenis fragile. Tidak cukup kuat. Cukup rapuh. Aku akui. Kerna aku faham siapa diri akulah. Aku jadi begini. kerana aku adalah aku. Aku tidak memilih siapa yang aku mahu, lelaki budiman. Hati aku kata itu, maka itulah laluan hatiku. Bukan aku yang mahu. Tapi tanyalah hati. Dia yang memberi rasa.

indah sewaktu baru kenal. Kau dan aku. Kita. Wah! Indah terasa. Kini indah juga. Tapi aku tidak lagi bersama kau. Benar.

Aku memang berlagak cool saja depan kau. Tapi, sebenarnya. Aku tak kuat. Hari ini. Benar-benar tidak kuat. Terima kasih, lelaki budiman. Buat aku rasa teruk sangat. Biarpun, bukan salah aku. Salah hati yang memilih untuk jatuh kepada kau. Maaf! Buat kau terasa sesak. Faham. Kau bukan orang-orang seperti kami. Faham. Kau hanya dengan dunia kau.

Kini, aku memilih untuk pergi juga dengan dunia aku. Tak sangka. Serasa semalam. Kita masih baik. Memang. Tapi tiada jiwa. Faham? Kau lain tau tak? Dulu, sangat menjaga hati. Kini. Sangat menyakitkan hati. Adakah ini hanya propaganda untuk menjauh rasa? Kata che, ya. Ini semua satu rasa untuk menjatuhkan rasa aku. Aku rasa kau dah hampir berjaya. layak. Tahniah!

Maaf. Bukan mudah aku nak buang rasa. Selama ini aku rasa aku boleh. Hampir boleh. Tapi terlalu banyak sangat unsur “kau” dalam hidup aku. Jadi, jadi bodohlah aku. Pasti, suatu hari kelak kau merasakan juga. Karma, kan, che? Pasti che tersenyum bila baca ini.

Aku harap ini adalah entri pertama dan terakhir dalam cik bloggie aku mengenai kau. Tabahkan hati. Walau bagaimanapun, nanti. Aku pernah beritahu kau ini kalau kau masih ingat. Kau masih di hati. Tapi bukan di kedudukan yang sama.Entri ini bukan tanda bermula permusuhan. Sila jangan salah faham bila baca entri ini ya. Baca dengan hati terbuka. Tiada apa-apa makna tersirat. Hanya untuk kau. Sekian.

**9kali aku edit untuk entri ni.

>>>hatimacamlayanglayang.

4 comments:

  1. hehehe 9 je sampai. hehe
    yg penting jiwa~

    ReplyDelete
  2. haih kau perempuan fragile .
    baik aku paham . sememangnya paham .
    suka benar melihat namaku dipost sekali .
    aku syg kau ♥

    ReplyDelete
  3. hahaha suko ko eh jang?
    <3 ko juga nyamuk!
    hehe

    ReplyDelete