it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 9, 2010

untuk kali kedua. berat buat aku.

minggu lepas,
kami anak beranak,
aku dan mak ke HKL.
ada temujanji LAGI dengan doktor di sana. malangnya, pagi itu, oh tidak, tengah hari, nasib kami tak berapa baik. iyalah, takkan nak ada berita baik saja, tak meriahlah hidupkan. nak pendekkan cerita,

doktor: mak cik, kami dah nampak.
mak : manalah 'dia' menyorok ya. isshhh.
doktor: mak cik. kita dah nampak mana 'dia'.
mak : ...........................................

mak terus menangis bila doktor yang tak berapa pakar tu panggil doktor Azura, doktor pakar mak.
nampaknya, UNTUK KALI KEDUA, mak akan dibedah sekali lagi dimana kedudukan sel kanser kali ini yang berukuran kira-kira 6cm berhampiran dengan pundi kencing(kalau tak silap). selepas dua tahun, 'dia' datang balik. tak tahu nak cakap. penderitaan mak tak pernah habis. dulu aku yang menjaga mak selama lebih 3 minggu di hospital. bergilir-gilir dengan anak buahku, kakak. sekarang, kami yang nak menjaganya, tak ada. macam manalah keadaan mak nanti ya. risaulah. harap2 segalanya baik-baik sahaja. mak hanya mampu menangis. begitu juga kami. tapi takkan kami nak menangisi. kami tak mahu jadi bertambah lemah.

untuk pengetahuan pembaca entri ini. saya hanya dilahirkan oleh mak dan dijaga oleh adik mak, ibu sehingga sekarang. tapi saya tetap rapat dengan mak, kakak-kakak, dan abang.

p/s: harap kalian doakan segalanya akan baik-baik sahaja dan keadaan mak akan bertambah baik selepas pembedahan kedua nanti.

>sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment