it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 6, 2010

tidak keterlaluan mungkin saya katakan.
saya kini dalam perjalanan mencari identiti diri.
pada usia 21 tahun mencari identiti diri.
sudah lewat bukan? hehe
merasakan diri sudah terlalu jauh lari dari landasan.
mendengar nasihat seorang sahabat.
membuatkan saya banyak berfikir.
berfikir.
selalu menyebut tentang lelaki.
selalu sesak fikiran tentang lelaki
mungkin orang di sekeliling rimas mendengarkan satu persatu.
yang tak pernah habis.
begitu juga saya. saya juga sesak. rimas.
maaf wahai orang sekeliling.
saya manusia biasa
biasa terjatuh.
terjatuh. sehingga tak boleh bangun sendiri dan tetap di landasan yang sama.
maaf semua~
berbalik kepada saya
sejak dari tingkatan 3.
saya merasakan saya sudah hilang diri saya yang sebenar.
mempunyai masa yang senggang buat saya banyak berfikir.
tak pasti sama ada saya mampu berdiri sendiri
dengan tujuan mencari diri saya yang hilang.
saya tak mahu yang ini.
ini saya yang lain
moga-moga Allah permudahkan semuanya.

No comments:

Post a Comment