semakin renggang. semakin tegar.
apakah sayangku pengakhiran kita ?
jika mahu ditanya sebanyak mana sayangku,
pintaku jangan kau persoalkan.
kerana sememangnya kau dapat rasakan.
tidak adil bagiku,
bila ada orang lain yang menjadi sayangmu.
katamu jarang.
maksudnya dia ada.
jika mahu ditanya sejauh mana setia aku padamu,
aku minta juga jangan ditanya soalan sebegitu.
sememangnya kau nampak apa yang aku buat
walau pada realiti, kita jauh di mata.
mungkin di hati juga.
jika mahu ditanya selama mana lagi aku mampu bertahan,
Allah punya segala jawapan.
Dia yang Satu beri aku kekuatan untuk terus ada di sini.
mungkin ada untuk kau menanti kau.
mungkin juga bukan untuk kau.
tetapi,
untuk mereka yang masih memerlukan aku.
aku taktahu betapa banyak kau sayang,
aku juga taktahu betapa banyak kau setia,
aku taktahu juga berapa lama kau mampu bertahan denganku.
shut up! kita hanya berusia empatpuluhtiga hari.
p/s: aku sayang tapi aku harap aku dapat melihat kau mesra dgn dia. dan aku boleh membenci kau seumur hidupku.
No comments:
Post a Comment