it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 22, 2010

masa.

memulakan hari yang baru. kehidupan yang baru. sesungguhnya amat payah. sendiri lagi.
benar kata rakan serumahku. cinta itu 99% milik Allah. betapa banyak cintaNya yang dikurniakan buat kita. tapi hanya 1% cinta kita hadiahkan buat ibubapa, rakan-rakan dan mungkin teman lelaki/teman wanita. namun kita tak ketahui. sebalik itu semua. cinta Allah kita tak nikmati, tak kita hayati sepenuh jiwa hingga kita terhanyut dalam dunia cinta kita sendiri. aku juga pernah melakukan kesilapan. walaupun bercinta tidak pernah lama. dan melakukan paradigma baru dalam hidup perlukan masa. perlukan rakan yang menyokong. perlukan Allah.
selama ini, aku agak tersasar, goyah menuju ke jalanNya. kenapa? iman. tepuk dada tanya iman. Allah Maha Besar. Maha Berkuasa. Dia datangkan insan ini untuk membuka lembaran baru. terima kasih rakan serumah. aku pohon, aku meminta kepada Yang Berkuasa. mohon diberikan petunjuk padanya atas hubungan kami yang seperti tiada kesudahan. lalu aku dapat petunjuk itu. Syukur kepada Allah. aku tahu apa yang perlu aku lakukan kelak. kuatkan cinta pada Allah, redhakan segalanya. segalanya. atas apa yang kita perjuangkan selama ini. aku tanamkan rasa redha itu. moga-moga redha Allah juga ada untuk aku. bukan niat untuk buang kau jauh-jauh. tapi hanyalah untuk beri kita masa yang sewajarnya agar kita kenal diri kita lebih lagi sebelum kita saling melengkapi. kalau kau adalah jodohku. maka, InsyaAllah, Allah akan buka jalan seluas-luasnya untuk kita bersama walau apapun. beri masa untuk diri masing-masing. jangan risau. aku sentiasa ada di sini untuk kau. tetapi kali ini. mungkin tiada lagi seperti dulu. aku harus lakukan seperti itu. harus. supaya tiada hati yang terluka. lengkapkan hati kita dengan iman. semoga ia akan bawa kita ke arah keberkatan Allah. aku doakan yang baik-baik buat kau.


p/s: lupa itu tidak. cuma.mahu masa untuk lengkapi apa yang hilang selama ini. sila faham.

No comments:

Post a Comment