it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 21, 2012

si bongsu yang yatim piatu

menyesal.
rindu.
tak patut.
macam-macam lagi rasa.
buat aku yang tertinggal di dunia.
cuma yang kekalnya di alam sana.
semoga mereka berdua sentiasa dicucuri rahmat Allah
dan dipermudahkan urusan di alam sana.
aku sebagai anak.
sudah pasti. sentiasa mahukan yang terbaik.
dan pasti pemergian mak dan abah yang terbaik untuk mereka.
cuma masanya.
aku tak bersedia.
walau masa sudah lama berbicara dengan aku
supaya sentiasa bersedia.

mak abah.
berbahagialah kalian di sana.
adik di sini sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mak dan abah.

untuk mak.
adik masih rasa
mak masih ada untuk membebel kat adik.
mak masih ada untuk cakap 'sedapnya kopi yang adik buat ni'
mak masih ada untuk cakap rindu kat adik.
tapi di akhir hayat mak.
adik hanya lihat yang ada.
terkujur lemahnya mak dengan sawan yang kerap datang.
mak, maafkan adik.
adik masih rasa mak ada.
adik tak boleh lagi terima hakikatnya.
maaf.
masanya akan datang.
akhirnya mak pergi dengan tenang sekali.
perginya emak memberi gelaran baru untuk aku.
anak yatim.

untuk abah.
selang 19hari mak pergi tinggalkan adik.
abah pula pergi.
juga dengan aman.
dah hampir 2tahun kita tak berjumpa bukan ?
yang ada hanya rasa neutral sahaja.
maaf.
dah terbiasa.
harap segala salah silap adik dimaafkan.
dan dengan itu ada juga gelaran baru untuk aku.
anak yatim piatu.

walau ada ibu & ayah.
aku masih rasa aku yatim piatu.
si bongsu yang yatim piatu.
sedar aku. aku jadi makin sensitif.
cepat tersinggung.
mungkin ini rasanya menjadi yatim piatu.

p/s: mak ayah ibu abah mama papa mummy daddy. hargailah sementara ada.

2 comments:

  1. TABAH HATI!!! berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... doa anak yatim sangat di makbulkan... apatah lagi doa anak yatim piatu... teruskan berdoa... moga mereka bersama orang2 yang beriman...

    ReplyDelete
  2. be strong my dear.. aku dgr pun aku terkejut...ini betul2 ujian yg sgt besar utk ko....redha kan permergian mereka...pasti ade sesuatu Allah nk tunjuk pada kau....al fatihah buat mereka.

    ReplyDelete