it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 21, 2011

dimensi baru. .

saya.
nur rabitah naqsa bt 'aini.
saya dari batu caves, selangor.
saya anak bongsu.
kalau di rumah.
saya akui.
saya akui saya memang manja.
lagi-lagi dengan ayah dan ibu.
dengan kakak? kadang-kadanglah.
tapi dengan dialah saya selalu bercerita.
samalah macam ibu dan ayah.
mereka sporting.
apa saja yang saya buat.
asalkan tak melampuai batas.
dulu. masa kecil.
saya ini agak buas. nakal.
saya juga yang kuat melawan.
melawan?? ya, melawan cakap ibu bapa.
tapi tu DULU.
sebab saya fikir saya bongsu agaknya.
tapi tu DULU.
sekarang.
saya ada banyak tanggungjawab.
since ibu, ayah, kakak, dan sesiapa dalam keluarga tak pernah membantah apa yang saya nak dalam hidup,
saya teruskan perjalanan ke tingkatan enam.
macam mak budak ke sekolah la pula.
:)
tapi itulah yang paling menarik.
setahun setengah dengan keluarga tingkatan enam murni.
macam-macam yang saya kenal. belajar. saya faham.
saya ada sesuatu yang banyak mengubah saya jadi lebih baik.
itulah antara langkah pertama saya bergerak ke alam baru.
setahun setengah dari itu.
Allah merencanakan.
sesuatu yang . . . .
indah.
lebih mencabar.
menarik.
terbuka.
benar.
Allah memberi rezeki yang tidak terhingga.
aku dapat peluang untuk ke universiti.
dengan berbekalkan 4prinsipal.
aku dapat ke sini.
UiTM PUNCAK ALAM.
kampus baharu.
untung lagi.
jadi generasi pertama di sini.
mana tak indahnya.
pemandangan.
itu sajalah.
nak harapkan fasiliti.
tidaklah!
tapi.
saya tetap bersyukur dapat tempat di sini.
Alhamdulillah.
anak bongsu dan pertama yang dapat menjejakkan kaki di universiti.
sayalah harapan keluarga.
keluarga mengharapkan yang terbaik.
maka hanya terbaik untuk saya.
saya selalu jadi contoh buat anak-anak kecil keluarga ini.
"kena ikut macam maksu, kalau boleh lagi bagus dari maksu,"
ayat macam tu selalu keluar dari keluarga.
dan selalu sebak bila kakak cakap dia sayang adik dan nak tengok adik gembira dan jadi lagi bagus dari mereka.
kakak selalu cakap kasar.
tapi dia jugalah yang banyak bakar semangat aku di sini.
bila aku lemah.
tak mampu teruskan apa yang aku ada.
dia selalu minta aku teruskan apa yang sudah ada.
jangan sesekali mensia-siakan rezeki yang ada.
berusahalah selagi nyawa masih bersisa.
bila dah sampai sini.
tanggungjawab semasa di tingkatan enam .
ingat-ingat dah selesai.
akhirnya.
diteruskan di sini.
dulu pernah ada ramai adik-adik.
sangat ramai.
dalam ramai-ramai.
tentu-tentu ramai ragamnya.
tapi di sini.
lain situasinya.
adik-adik macam betul-betul adik-adik.
dah semacam tak tahu nak adaptasikan apa yang pernah ada dulu.
tanggungjawab lebih besar.
lebih berat.
lebih ralit.
yang sebaya.
banyak membantu.
takpa.kita juga masih saling menyesuaikan diri.
cuma.
faham orang lain. dan cuba faham diri sendiri.
kita muhasabah diri kita.
jangan minta orang lain faham kita.
kita juga harus saling memahami.
dan saya selalu ingin dan sedang mengingatkan diri.
dunia kita bukan hanya berkisar dengan diri kita.
kita ada orang lain dalam dunia kita.
orang-orang itu yang sedang mewarnai hidup kita.
saya tak nak terbeban dengan apa yang saya ada sekarang.
tolong saya.
sokong saya dengan semangat anda.
kerana kadang-kadang saya tak cukup kuat dengan seorang.
saya rapuh tanpa kalian, sahabat.



p/s: terima kasih semua atas segala. maafkan saya untuk sebelum, semasa dan masa yang mendatang ini. saya tidak pernah sempurna. saya masih belajar dan saya tidak sama seperti anda. jangan minta saya ubah. terubahlah saya mengikut peredaran masa. bukan serta-merta. beritahu saya dengan hemat apa yang salah di mata anda tentang saya. saya amat menghargainya. andai saya pergi sebelum anda, halalkan semuanya.
saya belajar untuk matang. saya belajar untuk lebih terbuka.
salam :)



No comments:

Post a Comment