it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

mengundang marah

tak suka aku cakap.
kau tak yah nak perli-perli aku macam-macam.
aku pun ada hati dan perasaan.
walaupun nampak aku macam ini.
tak perlu katakan aku tak seperti kau.

Tuesday, January 25, 2011

lupa. tak pernah

tak pernah berfikir benar.
sangat perlukan Allah untuk petunjuk.
semua ini sudah saya jauhkan
untuk hilangkan segala keraguan
tapi . .
makin dihalang.
makin dekat ia datang.
makin dekat.

lama dulu.
kita pernah sama-sama harung.
kita pernah sama-sama kongsi.
saya penat rasa macam tu
sorang-sorang saya
saya penat sayang awak.
sorang-sorang saya.
saya penat tunggu mesej awak
saya penat tunggu awak panggil saya
dengan nama-nama itu.
saya penat tunggu awak di chatbox saya
saya penat tunggu awak di YM
saya penat tunggu awak datang tegur saya walaupun jarak kita kurang dari setapak.
dengan mata kecil awak
saya penat tunggu awak
untuk kata
saya sayang awak juga.
walau sejauh mana saya buang ia
dia akan datang juga
lagi dekat
lagi kuat
sekarang. . .
saya betul-betul rasa
ia datang lagi
walaupun saya dah buang jauh-jauh
seperti yang awak mahu

maafkan saya
kalau apa yang saya rasa ini
banyak buat awak susah
banyak buat awak fikir
tiada apa yang perlu difikirkan
itu hanya antara saya dengan rasa itu.
cuma,
maafkan saya
saya tak pernah lupa apa yang saya pernah janji dulu
cuma saya tak dapat nak penuhi apa yang pernah awak minta dulu
dan
tolong redhakan saya menikmati rasa ini
walau sakit mana
walau indah mana
sehingga akhir nafas saya.

p/s : takpernahlupa.

satu entri bodoh

hye~
ini nak cuba2 saja.
sebab dah banyak kali ada cuba nak buat entri terbaru.
ini yang jadi.

ada sebuah puisi terbaru dari saya.
seperti biasa.
deep inside from my heart.
sebab semalam sedih sangat.
kata liyana , orang yang suka gelak tu orang yang banyak simpan.
yess! definitely right. sokong!
saya rindu awak .
saya rindu banyak kenangan.
yang ada beberapa bulan itu,
buat saya benar-benar rindu awak.
lagi-lagi bila.
ada awak.
depan mata.


p/s : tiba-tiba saya ada seseorang dalam minda saya dan saya tak boleh nak buang dia jauh-jauh. itu. awak :(

Friday, January 21, 2011

dimensi baru. .

saya.
nur rabitah naqsa bt 'aini.
saya dari batu caves, selangor.
saya anak bongsu.
kalau di rumah.
saya akui.
saya akui saya memang manja.
lagi-lagi dengan ayah dan ibu.
dengan kakak? kadang-kadanglah.
tapi dengan dialah saya selalu bercerita.
samalah macam ibu dan ayah.
mereka sporting.
apa saja yang saya buat.
asalkan tak melampuai batas.
dulu. masa kecil.
saya ini agak buas. nakal.
saya juga yang kuat melawan.
melawan?? ya, melawan cakap ibu bapa.
tapi tu DULU.
sebab saya fikir saya bongsu agaknya.
tapi tu DULU.
sekarang.
saya ada banyak tanggungjawab.
since ibu, ayah, kakak, dan sesiapa dalam keluarga tak pernah membantah apa yang saya nak dalam hidup,
saya teruskan perjalanan ke tingkatan enam.
macam mak budak ke sekolah la pula.
:)
tapi itulah yang paling menarik.
setahun setengah dengan keluarga tingkatan enam murni.
macam-macam yang saya kenal. belajar. saya faham.
saya ada sesuatu yang banyak mengubah saya jadi lebih baik.
itulah antara langkah pertama saya bergerak ke alam baru.
setahun setengah dari itu.
Allah merencanakan.
sesuatu yang . . . .
indah.
lebih mencabar.
menarik.
terbuka.
benar.
Allah memberi rezeki yang tidak terhingga.
aku dapat peluang untuk ke universiti.
dengan berbekalkan 4prinsipal.
aku dapat ke sini.
UiTM PUNCAK ALAM.
kampus baharu.
untung lagi.
jadi generasi pertama di sini.
mana tak indahnya.
pemandangan.
itu sajalah.
nak harapkan fasiliti.
tidaklah!
tapi.
saya tetap bersyukur dapat tempat di sini.
Alhamdulillah.
anak bongsu dan pertama yang dapat menjejakkan kaki di universiti.
sayalah harapan keluarga.
keluarga mengharapkan yang terbaik.
maka hanya terbaik untuk saya.
saya selalu jadi contoh buat anak-anak kecil keluarga ini.
"kena ikut macam maksu, kalau boleh lagi bagus dari maksu,"
ayat macam tu selalu keluar dari keluarga.
dan selalu sebak bila kakak cakap dia sayang adik dan nak tengok adik gembira dan jadi lagi bagus dari mereka.
kakak selalu cakap kasar.
tapi dia jugalah yang banyak bakar semangat aku di sini.
bila aku lemah.
tak mampu teruskan apa yang aku ada.
dia selalu minta aku teruskan apa yang sudah ada.
jangan sesekali mensia-siakan rezeki yang ada.
berusahalah selagi nyawa masih bersisa.
bila dah sampai sini.
tanggungjawab semasa di tingkatan enam .
ingat-ingat dah selesai.
akhirnya.
diteruskan di sini.
dulu pernah ada ramai adik-adik.
sangat ramai.
dalam ramai-ramai.
tentu-tentu ramai ragamnya.
tapi di sini.
lain situasinya.
adik-adik macam betul-betul adik-adik.
dah semacam tak tahu nak adaptasikan apa yang pernah ada dulu.
tanggungjawab lebih besar.
lebih berat.
lebih ralit.
yang sebaya.
banyak membantu.
takpa.kita juga masih saling menyesuaikan diri.
cuma.
faham orang lain. dan cuba faham diri sendiri.
kita muhasabah diri kita.
jangan minta orang lain faham kita.
kita juga harus saling memahami.
dan saya selalu ingin dan sedang mengingatkan diri.
dunia kita bukan hanya berkisar dengan diri kita.
kita ada orang lain dalam dunia kita.
orang-orang itu yang sedang mewarnai hidup kita.
saya tak nak terbeban dengan apa yang saya ada sekarang.
tolong saya.
sokong saya dengan semangat anda.
kerana kadang-kadang saya tak cukup kuat dengan seorang.
saya rapuh tanpa kalian, sahabat.



p/s: terima kasih semua atas segala. maafkan saya untuk sebelum, semasa dan masa yang mendatang ini. saya tidak pernah sempurna. saya masih belajar dan saya tidak sama seperti anda. jangan minta saya ubah. terubahlah saya mengikut peredaran masa. bukan serta-merta. beritahu saya dengan hemat apa yang salah di mata anda tentang saya. saya amat menghargainya. andai saya pergi sebelum anda, halalkan semuanya.
saya belajar untuk matang. saya belajar untuk lebih terbuka.
salam :)



Thursday, January 20, 2011

tiba-tiba. tiada motif~

saya juga ada impian.
impian.
yang ingin dijadikan cita-cita.
semua untuk memajukan diri sendiri.
sebelum ini, pernah keluarkan kenyataan.
[bajet artis-artis gitu :) ]
saya akan sambung buat 'master' in any kind of field yang bersesuaian if. . . . .
saya tak BERKAHWIN dalam masa setahun setengah dari sekarang.
dan keputusannya kini.
saya akan sambung buat 'master' .
InsyaAllah, moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan untuk ke arah itu.
untuk semua.
untuk memajukan diri.

p/s : tunggu masa nak masukkan entri pasal impian~


Monday, January 17, 2011

makan hati terlalu banyak.

tak semestinya.
semuanya nak faham kau.
tak semestinya
aku yang jadi mangsa dikemudian hari.
tak semestinya
asyik aku yang menadah.
tak semestinya
aku yang terkena
tak semestinya
aku yang kena ikut kau.
kau ingat aku tak ada arah tuju akukah.
aku tahu kau lagi bagus dari aku
aku tahu kau lebih ilmiah.
jauh sekali
aku nak jauhkan kau
tapi
jujur.
aku dah banyak makan hati dengan kau
aku harap kau faham.
kita memang baik.
tapi bila kita dah terlalu kenal dengan seseorang
mungkin kita akan bertambah jelak.
harap-harap
itu bukan kita.
kita dah lama kawan.
semoga kita sama-sama boleh duduk cerita hal yang berkenaan.
aku harap kita kawan sampai mati.

p/s: aku juga ada impian nak berjaya bukan kau seorang. aku nampak remeh tapi bukan untuk dilekehkan .

Wednesday, January 12, 2011

tangisan usia.

oke, fine!
saya menangis!
betul-betul terharulah hari ini.
asyik gelak tak 'mau-mau'
SEMALAM pun.

hari ini, dengar cerita 5tahun.
wauu! lama kan? umm.
moga-moga hubungan mereka aman dan sampai ke akhir hayat bahagia.
tak cemburu sedikit pun tentang mereka.
cuma cemburu dengan usia itu.
jujur!
tak pernah ada usia hubungan seperti.
tak mengapa.
moga-moga.
saya ada usia yang lagi banyak.
lagi banyak kenangan yang KITA boleh sama-sama simpan sampai mati.
Allah mempunyai rencanaNya sendiri.
kita ikutkan saja.

hari ini.
tengok HAFIZ nyanyi lagu kami.
oke, fine! nangis lagi!
aduss.
masuk terus dalam jiwa.
masuk terus.
tak tersisa.
lagu itu semacam SAMA dengan kisah hati.
untuk dia.
semuanya untuk kau.

semalam.
KESAHnya. saya simpan seorang.
dengan rakan serumah yang tahu.
terus tak boleh tidur malamnya.
motipkan?

SEKIAN. :p

p/s: rindu incik yan. dah lama tak berbual. busy examkah? tak pelah. all the best, dude~


Saturday, January 8, 2011

keluarga. lagi.

pagi-pagi dah telefon family.

mula-mula telefon KAKAK IPAR (opppppp!!)
tanya kot-kot dah dapat tupperware ku itu.
rupa-rupanya dia tak ambil lagi.
adeeehhh!
kempunan leee.

telefon ibu.
ibu nak ambil adik dari puncak.
tapi sebab dah janji dengan izzy.
so, tak pe laaa.
adik balik naik tren.
sempat suruh ibu masak sedap-sedap.
balik kang terus makan.

semalam.
chat dengan kakak.
dia kata nak/ dah tengok rumah kat saujana utama. 20 minit SAJA dari kayangan ni. :)
minta-mintalah jadi pindah dekat sini.
aman sikit. jauh sikit dari incik *

ntahlaaa.
begitulah family.
tiba-tiba rasa okeh je.
tiba-tiba rasa macam nak maki semua dalam itu.
tapi memang bila kita ada dengan mereka semua.
bila semuanya boleh bergurau.
boleh suka-suka-suka dalam family itu. kita akan rasa RASA itu ada.
family. :)
thanx~

Thursday, January 6, 2011

lain.

aku nampak kau lain.
aku nampak dengan mata kasar aku.
tak tahu apa yang kau nak
tolonglah berbincang dengan aku.
janganlah buat aku macam ini.
sebab kita kawan.
kau buat aku terseksa.
sikit-sikit.
makan dalam.
ini berkaitan dengan kehidupan seharian.
sila alert dengan perasaan orang lain.
apa yang kau cuba buat memang
memang untuk kebaikan bersama.
tapi cuba tengok balik.
kita muhasabah.
ini banyak membantu aku.

p/s: aku selalu cuba untuk tidak mengambil hati . tapi. itu selalu yang terjadi. maaf~

Wednesday, January 5, 2011

pembelajaran.

bila semua mencerca.
aku mula menongkah arus pemikiran yang lain.

bila semua menjauh.
aku mula mencari arah sendiri.

bila semua mulai berlainan.
aku menetapkan diri aku di situ tidak ikut lain.

bila semua mulai menghilang.
aku mula mendatang.

bila semua mulai mencari.
aku mula kenal

mohon.
tiada yang hilang. tiada yang hilang.
moga yang ada.
terus ada dan bertambah baik.
yang tiada.
jika sudah tertulis.
tak mengapa.
mungkin belum masanya.

tekad. tetap. tabah.

craving for a pharmacist.

motif?
tiada.
cuma.
suka.
pada pharmacist.
sebab depa selalu bagi ubat kat saya.
kadang-kadang free je.

p/s : mr. phypy, sorry 'coz it might be will disturbing you or make you scared of me. but im craving for you now. (sounds desperate, scary, creepy right?)

Tuesday, January 4, 2011

learn. learn.

"learn baby. the function u got into u is to learn.
learn something new everybody.
life will get more and more interesting."

itu pembelajaran kita yang pertama hari pertama di kayangan.

"pegang pada istiqamah, kepercayaan yang orang beri pada kita.
jangan sia-siakan."

itu pembelajaran kita yang kedua hari pertama di kayanngan.

yang aku ada?
aku takut pada bayang-bayang aku sendiri.
ye. ye.
tiba-tiba.
macam aku tak pernah ada macam ini kan.
ntahlaaa.
rasa macam dulu dah buang jauh-jauh apa yang pernah ada dulu.
tapi.
ia datang lagi.

"terima dengan hari terbuka
istiqamah
berani"

pembelajaran untuk hari ini dan seterusnya.