it's about my life

My photo
gombak, selangor, Malaysia
Thanks Allah for everything.

my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

dah lama kan ?

melepaskan sesuatu yang kau sayang .
mungkin akan bagi peluang pada yang lain untuk lebih sayang
sayang dari engkau .
aku punya sayang .
biar aku yang pertikaikan .
kau tak punya banyak untuk pertikaikan sayang aku .
sayang aku .
biar aku yang pegang .
walau sudah melepaskan .
berdikarilah .
sesungguhnya itu yang engkau mahu .
biar aku tinggalkan dengan penuh
rasa tanggungjawab,
rasa serba salah,
rasa rendah diri .
halalkan semuanya .
aku buat .
semuanya bersebab .
jika aku yang kau dah biasa tengok .
kau tak boleh tahan .
inikan pula orang yang bukan dari kebiasaan kita .
datang .
hambar . hambur .
bagus . jika kau boleh tahan .
tapi jika tidak . sila berterima kasih dengan diri kau .
sebab buat aku rasa macam tu .
terima kasih .
aku hanya orang tua yang mudah terasa .
macam kau orang muda yang sensitif.
aku hanya orang tua yang sudah sampai masa untuk berangkat pergi .
kerana aku tak diperlukan lagi di sini .

p/s: terima kasih pada diri kamu, si orang tua sebab kau berjaya buat yang terbaik bangkit dari norma

Tuesday, December 13, 2011

dah 2* !

happy birthday .
pertama-tama .
terima kasih kepada keluarga kerana telah membawa aku ke dunia sebenarnya .
terima kasih juga kepada keluarga kerana manjakan & rembatkan aku selama ni .
sayang semua sekali tiada beza .
terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa ingat pada aku . aku hargai semuanya
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa buat hari-hari aku kat kampus ni macam pelangi .
tak sangka , kita dah bertahun mengadap muka masing-masing hari-hari .
tak pernah penat .
terima kasih kepada keluarga SISPA saya yang dari awal mula hingga ke hari ini dan hari-hari akan datang .
aku sangat-sangat-sangat bangga pada kalian terutamanya pada adik-adik inter aku .
kalian yang terbaik .
jadikan yang baik sebagai teladan . yang buruk buang jauh-jauh .
kalian yang selalu menjadi keutamaan aku . 
terima kasih kepada kepunyaan hati.
terima kasih atas segala-segalanya .
kerana sesungguhnya tiada Kau tiadalah kesemuanya kepunyaanKu, Ya Allah .
terima kasih atas segalanya kepada semua .
akhirnya 1312 kembali akan pergi meninggalkan aku dan kembali menyusun hari-hari yang mendatang .
yang sudah tentu menjanjikan perjalanan yang semakin mencabar & indah .
itu sudah pasti .
moga-moga segalanya berjalan-jalan dengan baik sekali .
doakan yang baik-baik sahaja untuk aku .

p/s: aku dah 2* dan aku sangat teruja untuk angka itu . *phuiihh la maen rahsia-rahsia umur kan ?


Monday, December 12, 2011

bunga-bunga

serius . aku tak tahu kenapa status aku kat mukabuku beesahaja
asyik nak berbunga . aku sendiri pon tak faham . serius-serius-serius .
tapi sumpah aku berbunga .
jujur . tiada yang spesifik dan tiada apa yang perlu aku cakap kat sini .
bahawasanya aku dah ada yang punya ke aku dah double ke apa ke .
fyi , aku masih single dan bujang . aku pon tak faham kenapa orang cakap aku dah double . :)
tapi aku sangat gembira dengan diri aku sendiri .
sebab aku sedar aku kena gembira dengan diri sendiri untuk 1minggu 2 nih .
bertahan . kau harus teguh di situ . teguh berdiri teguh

p/s: i'll waiting for you forever for a right time to us . i'll always . loveee you tiil death do apart us . terima kasih sayang

hadiah pertama untuk ke 22

HAHAHAHAHAH

pembuka bicara ! Alhamdulillah , minggu ni benar-benar buat aku sangat berada di awan .
tapi aku masih sedar aku berada di bumi . teguh berdiri . tenang di situ .
sangat seronok untuk semalam petang . aku di'kena'kan . aku kena 'masak' dengan telur oleh kawan-kawan & adik-adik SISPA ku .
masa nih la masing-masing nak ketuk-baling-lontar telur kat kepala & seluruh badan aku .
kalau selalu-selalu takdapat lee jep  .HAHAHAHA
sebenarya , inilah pertama kali aku kena 'prank' .
selalu 'kena' dengan family tu pon secara halus / lembut-lembut gitu . HAHAHAHA
kali nih , TERBAEKLAA !

p/s: sayang korang semua . sumpah sayang . :)

Thursday, December 8, 2011

92

malam tu , aku pandang kau .
sumpah . aku selalu pandang kau .
asyik nak pandang kau . dengan nombor 92 kau .
hati aku dah kata .
aku tahu kau laa dia .
tak ada apa yang menarik kat sini .
cuma suka melihat kau .
sebab aku tahu kau adalah dia .

p/s: aku suka nama kau !

Sunday, December 4, 2011

mana taknya

mana pula aku tak rindu kau .
mustahil dan sudah tentu aku sedang menipu diri aku sendiri . 
sedangkan kita selalu kongsi suka duka sama-sama .
sumpah ! aku rindu . tapi oke ,fine .
kita . aku & engkau kena mulakan hidup baru .
Alhamdulillah . dalam usia & peluang yang aku ada .
dan hampir 22 tahun aku hidup .
aku masih mampu lagi berdiri sekali lagi selepas kegagalan .
kali ini , ini antara yang terbesar batu yang aku sadungkan dengan sengaja .
dengan sengaja juga aku biarkan hati aku terus pada kau .
Syukur sekali lagi .
engkau juga kelihatan bahagia walaupun tanpa aku .
percayalah . aku hanyalah seorang perempuan yang tidak boleh berkawan
baek dengan kau .
kerana aku akan terjatuh lagi pada kau .
ya , aku tak pernah belajar nampaknya dari kau .
walau banyak yang datang menguji kita .
nampaknya kali ini .
aku telah teruji dan aku sangat teruji .

p/s: terima kasih kerana kau , aku masih mampu berdiri menghadap matahari dan dunia . terima kasih juga kerana kau , aku semakin terasa keberadaan keluarga dan rakan-rakan di sisi . :) big F*off to you!

Thursday, December 1, 2011

gelagat orang dari september-november

sejak masuk semester baru ni *padahal dah nak final dah kan*
aku dapat jumpa ramai jugalah orang-orang yang pelik dalam hidup aku .
nak tahu tak ?
*teruskan membaca k*
situasi pertama :
ada pula katanya nak meminjam sebab tak beli lagi barang-barang peribadi kau .
takkan nak meminjam sampai seminggu kot . dah kena sound baru nak beli yang hak milik kau .
jadahnya kat situ. apa kata anda ? maaflah . aku ni memang kedekut sikit bab barang-barang peribadi . dah kata barang peribadi confirmlah aku kedekss . lainlah aku cakap barang kebajikan atau barangan umum , tak kesahlah kau nak melingkup ke melangkap ke.

situasi kedua :
katanya kau nak berjimat . tapi bila orang buka bungkusan makanan , kau buat pandangan KECIAN kau kat si pembuka makanan tu . aku pun mula menyendeng nak jugak makanan tu . tapi tak adalah kau kata kau nak makan . tapi maaflah sekali lagi . kadang-kadang si pembuka makanan tu , buat dek jeee tengok nasi-nasi yang dibelinya itu dengan penuh nafsu makan ! perghh ! sedap seyh makan guna duit sendiri . makanan orang nak , duit kau peram ? gitu katanya mak senah !

situasi ketiga :
kalau namanya budak-budak bawahan umur dari tahun 19** ni kan . serupa macam tak ada interpersonal skill and social skill lah aku tengok . kacian ! pedih je hati tengok gelagat-gelagat mereka . sedih aku . kau bayangkan . aku yang garang , cenggihh serupa singa nih *budak-budak junior gelar aku macam tu* boleh say sorryyy sebab aku tahu tu salah kami . tapi dia boleh pulak kata aku macam-macam . loudspeakerlah , wartawan hiburanlah , batu apilah . takkan aku nak cerita kat sinilah kan apa kesnye ? tak ada budi bahasa . cakap kemain lagi berpusing-pusing . confirmlah aku nak sampaikan kat sini jejanss tu pandai bercakap . serupa loyerrr. tapi itulah . tak ada pon masuk dalam dean list dan terlibat je kot dalam KACA . *khas untuk budak uitm k* kalau nak fikir mulut jahat aku , aku boleh je kot maki dia . tapi aku taknak benda macam ni larut-larut *alang-alang dah berlarutan kan* jadi aku rendahkan diri lagi . minta maaf . aku tak faham apa yang dia nak ? macam harrr jee . boleh sesiapa bagitau apa masalah dia sebenarnya er ?

p/s : ada pape nak tambah ? tak faham aku gelagat manusia la la nih ! :/